Taman Lagenda, Langkawi

Tempat ni ialah one of my fave spot kat Langkawi. taman nie dekat dgn jeti.. bersebelahan dengan Dataran Lang.. Taman nie.. sal sejarah Langkawi..sesuai dgn nama dia..Taman Lagenda, sal Lagenda Langkawi lah..Langkawi kan Pulau Lagenda...


Kat sini..kalau rajin menghayati..leh lah tau sejarah langkawi dari zaman mat raya & mat cincang bergaduh, zaman mahsuri dan sumpahan mahsuri, sampai lah zaman sekarang iaitu dipercayai lepas padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan. Ada cerita sal kewujudan tempat2 mcm Air Hangat..- sapa ntah masak air time 2 org mat bergaduh tuh..then Belanga Pechah- belanga pecah sbb bergaduh lahh, Kuah- lalu tumpah lah kuah dari belanga yang pecah..then bila gaduh.. seperated, lalu lama2..jadilah mat raya sbg Gunung Raya dan mat chicang, menjadi Gunung Mat Chincang.  

entrance...

Oh..nie serba sedikit je ek.. hehe

Awal2 aku g Taman Lagenda..mmg semua maklumat aku baca.. tp nie kali ke-4-5 kali kot g taman nie.. dah tak baca lah.. tp leh lah explain kat pelancong yang aku bawa. hehe..hebat tak? ala-ala anak jati langkawi lagi. 


dulu taman ni, nak masuk kena bayar. skang dah free je.. tp itulah..time kena bayar, taman nie lagi cantik.. rumput menghijau.. kolam pun cantik je.. rumput trimmed dgn baik.. semua nampak well-maintained lah. sayang je. taman fave aku nie pon dah nampak berusia.. spt tempat2 best yg lain kat langkawi nie. 


belanga pechah

Still.. tempat nie masih best. tempat nie agak luas tau. (google dlm tenet, luas = 50 acre) nak berjalan tuh, leh tahan gak penat. kalau jalan2 kat sini, kemungkinan besar leh dapat capai saranan cara hidup sihat 10,000 steps/day.. hehe.. kalau tak pon..leh bw basikal, cycling kat sini. motor pon leh gak.. kalau anda kerja sebagai pak gad & mak gad taman nie lah. hehehe


Sapa2 yang gila nak test teknik fotografi pon, boleh test kat sini.. landscape sgt menarik. selain pokok2 dan kolam serta arca.. taman nie jugak dok kat tepi pantai.. nampak burung Lang lambang langkawi tuh dari sini. siyesli i like. hehe..

Taman nie dibuka from 9-7pm. malam takde ye. sapa je lah nak jalan2 mlm2 kan...mungkin ada. tp sowi. tutup kul 7 ye. ;)

Cheerio!

**hehe.. gambar sendiri yang banyak. tp gambar sendiri senang. tak payah minta permission dari saper2


Comments

Popular posts from this blog

Ada apa dengan barangan kemas?

What Your Face Reveals About Your Health

Ali, bizim hamsterimiz...