Ada apa dengan barangan kemas?
Bulan September yang baru2 nie mmg bulan yang banyak sgt belanja. Selain pembelian (almost) wajib every year iaitu Hobonichi untuk next year.. aku beli mcm2 yang bila sedar diri tu menggaru jugak kepala sbb pening bajet dah lari!!!
Tapi, x tau la org lain sama gak dgn aku ke apa.. tp masa pandemik nie mcm semua org best pulak beli emas..kan? aku mmg dh beberapa tahun kebelakangan nie rasa nak upgrade aku punya bracelet sbb masa hubs lepas operate dan ada complication aritu, hospital call bgtau kos semasa ialah berapa vs card insurance limit berapa. mmg gerun kot. mula la aku kira2 duit situ sini nk cukupkan deposit ke apa in case nk kena bayar cash. pastu time tu terpikir.. if aku ada emas, leh gadai. tp yg ada tak seberapa. so, while cash selalu aku akan belanja.. tp emas boleh simpan dan in case ada emergency yg mmg tersedak sgt2.. selain cash yg terlalu mudah flow, emas ialah something to beli dan simpan as future investment.
dan pompuan kan boleh pakai emas. rasanya la..sbb tu org dulu2 ske belikan wife atau diri sendiri emas. sbb value tu lasting. x macam kalau beli henpon, 2 tahun dah barai. hmm..iphone aku pun lagi mahai byk dari my one and only rantai tgn yang beli masa awal2 keje.
anyway.. tetiba terjebak bila tgk IG live habib jewel. dulu x suka sgt habib sbb design dia gabak2. almaklumlah, tgn dan jari aku kecik. kalau g kedai emas biasa pun, kadang2 design yg nak tu x ada size. kalau bracelet tu ada certain design mmg kempunan la nk pakai sbb x leh potong bagi pendek. huhu~ mampu tgk.. bagus la jugak kalau x byk sgt yg nak..duit byk tu je. hahaha
tpkan..sebelum nie dok terjebak dgn barang kemas yg nampak cantik tp bukan emas..rugi gak tau, sbb boleh je tambah sikit terus dapat emas. beli barang yg bukan emas - mcm titanium with diamond-like batu, x worth la sebenarnya.
so..ada apa dengan barang kemas?
naluri wanita, mmg suka perhiasan dan berhias. even utk si selekeh like me.
Comments
Post a Comment