Jom derma darah...

Aku slalu teringin derma darah. Sepertinya, menderma darah ni ialah cara yg sgt mudah dan murah yet sgt2 berharga. ye lah.. blood isn't something yg manusia boleh buat, it is yet imitated by human walaupon teknlogi skang dah canggih sgt. jadinya.. stok darah nie, cuma boleh diberi oleh manusia kepada manusia yg lain.. 

since aku nie kurang takut jarum.. jadi aku mmg ada keinginan yg agak kuat utk menderma... tp dulu aku tak layak menderma sbb berat badan ialah kurang dari 45kg. since aku nyer berat dah lebih dari 45 (tak best pon berat naik.. tp anggap je lah dah boleh berbakti).. aku nak jugak mencuba. 

1. org kata berat bdn boleh naik lagi lepas menderma 
- akan makan lebih byk lepas derma, yes.. mungkin. sbb nak replace balik darah yg hilang. but then kalau tak makan lebih sgt, berat takkan naik. 

2. lepas derma darah, mesti nak kena derma lagi..nati tak sedap badan
- huhu~ bkn tak sedap bdn sbb tak derma. tp sbb dah biasa derma.. badan dah generate darah baru untuk replace darah yg dah hilang. jd badan rasa lebih best.. jadi kalau rasa best nie...mmg slalu je nak, kan?

3. lepas derma darah, akan rasa pening2 nak pitam.. 
- ini mungkin jugak lah. ye lah..darah kurang kan..tp takpe. kalau nk menderma, sila jgn drive sendiri. make sure ada org teman. 

tetiba.. ada pulak org wat tour kempen derma darah kat city plaza, alor setar. excited pulak aku. since aku tak drive. leh try nie.

& despite semua kemungkinan di atas aku sgt2 teringin jugak nak cuba. tp aku nak org teman menderma jugak. En. tunang mcm takmo.. tp sbb dia nampak sgt aku nak kot.. dia encourage jugak tuk aku g. dia akan teman. (sbb aku segan baring kat tengah2 shopping complex..hehe)

Wah..~ leh buat sejarah nie. pertama kali akan menderma darah.. tpkan... nak menderma nie, panjang jugak soklan dia.. borang nk kena isi. walaupon cuma Ya/Tidak.., still.....tp takpe2. saringan nie perlu. nati tak pasal2 pulak penerima darah akan terima sth yg tak ok.

Dr. @ MA kat situ ckp seemingly i'm healthy enough. suma soklan pon, aku ok je. mmg aku takde penyakit pa pe. Alhamdullillah. Bersyukur sgt. jadi lepas isi borang, kenalah check darah pulak. blood group & blood count. Hb kot ek.. 

dia cucuk sket kat jari manis..then amik sikit (sgt sikit) darah, then letak atas satu plastik putih, and masukkan dalam mesin. aku nyer reading = 13. range dia 12-16 kot. huhu~ kalau dpt 14 pon best kan? heheh.. tp blood group aku dah tau dah. aku type A+. 

lepas tuh, dia soh aku naik atas scale. berat ialah sesuai. hehe.. rahsia lah sket kan. tp mmg over 45kg lah. then lepas timbang..dia check bp. 

erk. bp aku sgt low. 90/70. systolic tuh yg rendah (yg atas).. yg diastolic tuh ok je..dia nak at least 100/70. sbbkan bp ialah rendah.. maka aku tak layak menderma. MA sorg tuh siap nk bg vitamin. B complex kot.. tp doktor tu ckp tak perlu. aku normal je. bkn tak cukup vitamin. tol tak Dr.? aku yg nak sgt menderma, aku ckp, bp aku tuh normal je bagi aku.. aku mmg slalu bp low. in fact aku baru je check last week kat umah.. lagi rendah.. 87/59 kot. huhu~ takde pening pon. tp depa mmg tak mo jugak. nati bila depa amik darah aku..depa takut aku leh pitam pulak.

dia kata..try jejalan then minum2 air & datang balik.
of kos lah tak datang dah.

:(

mission aborted.

aku dpt kad nie je lah... takpe lah. not today i guess...yg penting, niat dah suci, kan?



Comments

  1. sebelum nak menderma niat kena betul baru ler berkat....teringat dulu masa mula2 datang derma darah..memang ler syok sbb baru pertama kali nak derma darah..(ikut jejak arwah ayah yg dah hampir 50 kali menderma)...mula2 kena cucok lengan kanan tapi xdapat cari saluran darah, cuba lagi sebelah kiri pun xnampak juga...pegawai kat situ cakap, rehat dulu baru cuba semula...dalam pada tu, saya pun berdoa dalam hati mohon pada Allah mudah2an diberkati niat murni saya tu, bukan hendak menunjuk2 tapi demi Allah hati mmg ikhlas nak derma sbb mau tolong orang lain yg memerlukan darah...bila dah cukup rehat, pegawai perubatan tadi cuba lagi tangan sebelah kanan....Alhamdulillah..berkat doa & niat yang benar2 tulus ikhlas tu Allah perkenankan juga sampai selesai darah diambil hampir satu pain..selepas tu selalu la datang menderma 3 hingga 4 kali dalam setahun...semenjak disahkan menghidap HBP, aktiviti tu dah berhenti..mmg terasa rugi juga xleh nak derma lagi..niat di hati nak capai kouta penuh dalam 'record book' tu..tapi cuma dapat capai hampir 3 1/2 muka surat jer..walaupun begitu, tetap rasa bersyukur sebab dah bantu orang lain dengan darah yang Allah kurniakan ini...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Urat lengan kak mmg susah cari kot. tp byk kali jugak ye kak menderma. saya agak liat sikit walaupon niat tuh mmg ada. thanks for inspiration. saya akan cuba lagi next time. yup. kalau nk tolong, niat betol..mesti lagi berkat. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ada apa dengan barangan kemas?

What Your Face Reveals About Your Health

Ali, bizim hamsterimiz...