Kes COVID skolah Zahin yang meroket :(

27 April 2021, Selasa

Lepas discussion dengan PUU smlm, ada la benda yang wajib aku buat hari selasa nie so aku kena datang kerja for at least half day - if i manage. 

malam tu, discuss dan baca msg2 dari group sekolah pasal kes covid tu, hmm.. standard kes covid la. org yg kena tatau..igt demam biasa. tp bila lama sgt, check klinik..klinik suruh swap dan turns out ialah simptom covid. lalu anak2 dia pun swap pada hari sabtu dan positif pada hari isnin pagi dan membawa kepada penutupan sekolah. 

only, kes tu dah ada kat sekolah pada minggu lepas tanpa pengetahuan sesiapa.....

3 kes covid tu ialah adik beradik. so parents yg mana syak dan tahu anak sekelas dengan pesakit c19 nie masing2 amik inisiatif untuk buat test dan dalam kul 9 pagi..kes dari 3 semalam menjadi 13  so kitaorg decide untuk buat jugak test kat zahin. so abg google klinik terdekat dan buat appointment untuk buat test RTK jam 4 petang. 

ok. pilih test yg pantas dpt result it is. kalau positif, kita bw g KKM utk test lanjut je la...



pastu jam 3 petang, kes dah naik jadi 32 kes dan ada 1 org dari kelas zahin. so zahin dh jadi kontak rapat. 

yang kitaorg hantar anak2 aariz dan awlya tadi ke tadika and all...
seriously dh blur. smlm pun bajet zahin x bergejala, x de contact rapat..kitaorg bajet just ok la. 

kerja aku pun x berjalan lancar pasal kes kat skolah dia nie. terus je aku tanya bab permohonan BDR dan isi borang2 yang patut - at least for this whole week dan terus submit. 

habis semua surat2 cikgu, pelan tindakan, komen parents aku tak boleh tak baca sbb nak tahu dan tahu... only after 3.30 aku boleh keluar opis - terus je g klinik utk RTK test tu dan sbb aku lambat abg jumpa aku kat klinik je sbb zahin nk aku ada jugak.. then buat test. 

kesian zahin..cuak gila nampak dia. dia pun down. 

nak kata nk tenangkan zahin tu...aku pun dh tak reti. doktor yang perform test siap tanya if aku dan abg buat jugak tp kitaorg tak buat, unless result zahin came out unfavourably. debaran tu jgn cakap la.. dan doktor tu bila swap je lubang hidung zahin, berair mata kawan. pas bayar kitaorg pun x tau nak decide apa dah- jadi blur. tp keputusan dlm sejam so tahan la debaran sejam tu. keputusan tu pulak akan terus diwhatsapp.. tak perlu lama2 kat klinik. klinik pun tak mo calon2 c19 kat situ sgt kan. 😨

aku bw zahin g isi minyak seblom balik dan abg terus g pick up anak2 yang lain. elok aku sampai rumah..result came out negative. 

test result dpt via whatsapp siap ada qr code. tp aku crop la 



Syukurrrrr gila! Alhamdulillah. 
seriously kalau bukan negative tatau dh apa nk kena buat. kuarantin? sorg2 dlm bilik lain2 macam mana..otak aku tak terjangkau dah. still.. zahin better diasingkan tp kitaorg pun tatau dan tak mampu proses dan pikir. 

cuma bila dah negative, at least lega. kitaorg akan still asingkan semua, self quarantine sbb rasa mcm ada keperluan untuk 2nd test secara site sampling kat skolah. tp kitaorg amik keputusan utk tunggu dulu tgk mcm mana at least until end of this week. layan je la BDR dulu dan semua dok kat rumah starting esok. 

Semoga rakan2 sekolah zahin akan sihat2 je dan urusan dipermudahkan especially buat guru2 yang handling jawatankuasa c19 kat sekolah serta parents2 yang terlibat. Our hearts & prayers goes to them all.. 

xoxo
.

Comments

Popular posts from this blog

Ada apa dengan barangan kemas?

What Your Face Reveals About Your Health

Ali, bizim hamsterimiz...