...bekalan air Selangor mcm chipsmore!

Dulu masa awal2 pindah kl/ klang valley nie, kakak ipaq dah ckp awal2, dok area nie kena spare tong air sbb kejadian takde air sgtlah kerap. memula tu nak kata ignore totally tu takde la..cuma just "take note". then.. bermula la notis takde air sebab pencemaran, paip pecah, pencemaran lagi..dan lagi. 

time tu aku dok kat Taman Equine. rumah sewa lama ialah sejenis low density condo yang thankfully not fully affected by water shortage sbb tak penuh lagi residents so air tangki leh tampung- still kena la spare air. tapi yg tak tahan, kawasan liputan air / catchment rumah ialah sama dengan catchment utk pejabat. so bila takde air kat rumah, opis pun sama!! so takde talian hayat! hahhaa

notis bekalan air Selangor.. 


kata ialah bandar canggih whatsoever, kes takde air sgt la kerap. dok kat alor setar dulu, atau langkawi tak perasan pun x de air. so seumur hidup aku kejadian takde air ialah sgt2 minima. skali pindah kl-selangor-putrajaya, tiap2 tahun kena hadap. 

bila takde air, yg susah ialah utk anak2 kat skolah/tadika atau nursery. tau je la budak. bila nk berak ke mandi ke muntah ke hape ikut dan depa ja. kalau air tak cukup mmg less hygienic la. so, parents kena supply air utk budak2 minimum 5 liter. usually parents bagi satu dozen air mineral botol besar. cikgu plak serba salah nk cuci punkoq dgn air mineral!! haahahaha

cuma tu la..x selalu takde air ialah sebab servicing. fine. mmg la kena ada maintenance. tp, most of the times sebabkan luar jangkaan mcm pencemaran atau paip pecah atau lain2 kerosakan. pencemaran rasanya 2018 ke 2019.. banyak kali sgt. (kdg2 benda tak best nie jadi 2-3 kali pun rasa annoying tu berganda2..) dan agak lama pulak tu nak pulih. which is very annoying sbb last minute nak kena prepare untuk bagi bekalan air keesokan hari. kena pulak dah tgh mlm baru tau kejadiannya. mana nak cari tong air, nak bekal air. jadinya, ada 5 org dlm rumah, tong air sorg satu la kena spare. 
- abih tu rumah sekangkang kera, kena letak mana je botol2 air yang takde sense of decoration tu. 😂 

tp tulah.. if kita back to basic, benda nie jadi selain byk demand air sekarang nie utk residential dan industries.. punca air kita skang pun x elok sgt. air tercemar, sungai pun nampak cam longkang.. yang hilang terus pun ada! bila sumber air pun terhad, air nk bekalkan pun akan terhad. jadi bila punca utama pulak ada problem.. habis la kacau bilau sbb takde sumber alternative lain selain empangan2 atau takungan air which is kalau nk buat yg baru akan kos tinggi selain tak friendly untuk environmental, habitual, ecosystem dan pelbagai lagi la. 

dan sebenarnya, bila kita semua kurang peka dan ambil berat pasal sumber air, akhirnya kita jugak yg dapat masalah. siapa je tak guna air? dan siapa nak guna air yang kurang bersih? kaler kuning sikit pun dh bising kan... air nie lagi cuci lagi kotor. dan air yg tercemar kalau nk bersihkan sangat la byk proses. lagi banyak proses, lagi banyak penggunaan bahan kimia, lagi ambil masa dan tinggi kos. akhirnya yang tanggung kos.. pengguna jugak la. 

ok. done berleter pasal air. 
asalnya nk komplen takde air je. 
tp bila pikir balik JPS buat kempen mcm2 tak ramai pun amik port. 
semua nak benda cantik tp takde sapa nk amik berat atau jaga benda yang dah cantik. 
bukan suruh buat keje cuci ke apa pun.
jgn merosakan atau mencemarkan je<-- nie pun kerja jugak tp tak susah!
dan kalau x buat jahat tak leh ke?
mungkin org yang kisah tak kisah, buat problem dan menyusahkan org lain nie, kena catu kot air dia. padan muka dia dan keluarga dia! 

hohoho

hasta la vista!
por...

Comments

Popular posts from this blog

Ada apa dengan barangan kemas?

What Your Face Reveals About Your Health

Ali, bizim hamsterimiz...