feel naik bas...

fuh~
setelah sgt lama aku tak naik bas..

aku ada kursus pendek berkenaan pantai pada minggu lepas. bermula pada hari selasa sehingga hari khamis..memandangkan hari jumaat ialah hari cuti, sudah tentulah aku tinggal di langkawi sehingga hari sabtu. kiranya 5 hari juga la aku balik langkawi kali ni. lama kan?

selalunya aku letak kereta di satu tempat letak kereta berhampiran jeti kuala kedah. tetapi, baru-baru ni, kos meletak kereta untuk satu malam meningkat kepada rm15, memaksa aku meletak kereta di ofis sahaja. petang isnin selepas kerja..anne tolong hantar aku ke jeti kuala kedah. jadi, pada petang sabtu.. aku memilih untuk menaiki bas untuk ke pekan rabu dan membawa kereta pulang ke rumah..

hari sabtu tu aku ambil feri pukul 4.30 ptg. sangat awal dari selalu. ye lah~ kalau naik feri lambat nanti nak naik bas dari kuala kedah.. ntah lah ada bas lagi ke tak. (kalau tak ada bas, teksi ada je kan? :p)

hmmm~ elok aku jalan dari jeti ke tepi jalan besar, aku nampak bas dah lalu.. terlepas. tp takpe.. awal lagi nie. baru pukul 6.15pm. tak lama pun aku tunggu, ada lagi bas berhenti.

isk2.. teringat pulak zaman takde kereta. setiap 2 minggu, inilah rutin aku. ambil bas dari pekan rabu ke kuala kedah.. kemudian dari kuala kedah ke pekan rabu. (ataupun, pada minggu lain, ambil bas dari alor setar ke b'worth, b'worth ke kulim..kemudian kulim ke alor setar..) 

bas kuala kedah-pekan rabu
dulu, kalau aku travel.. aku mesti akan bw sebuah novel bersama..dan kalau zaman menaiki bas tu..mmg akan ada tersimpan lah tiket2 bas..(kak ninie siap komen lagi bila novel dia tu dipenuhi tiket2 bas. eh..tiket klasik tuh..comel! simpan. nanti boleh masuk muzium!)

tp mcm dah terlalu lama tak naik bas..kalu ikut..baru setahun lebih. tp macam dah terlupa feel best naik bas tuh.. (zaman belajar dulu..aku paling suka naik bas dari ipoh <-> alor setar.. panjangnya masa aku berangan sorg2 atas bas. dan aku paling tak suka bila bas dah keluar tol. huhu~)

hmm.. tambang dari kuala kedah ke pekan rabu cuma rm1.50.  aku ambil kerusi yg ada tingkap terbuka.. kalau dulu kena tgk ada loceng ke tak..senang nk tekan bila nk turun nanti..tp kalau berhenti di pekan rabu, tak perlu tekan loceng pun sebab itu ialah stesen terakhir. semua orang yang masih tertinggal atas bas, akan turun disitu.

aaahhh~ apa yang best naik bas? sepanjang perjalanan aku boleh 'hilang' kejap..menikmati angin yang serabutkan rambut.. tengok permandangan kat luar.. kalau memandu, tak sempat nk menikmati permandangan..kang tak pasal2 je masuk bendang!! bila dah macam nie baru nampak ada kedai2 yang aku tak perasan walaupun selalu je melalui jalan kuala kedah tuh.. tetiba rasa mcm nak naik bas dengan lebih kerap lagi..

tapi, tahukah anda..perjalanan saya sejak turun dari feri ke rumah di taman flora (around 10 km kkedah<-> tmn flora) dah memakan masa satu jam lebih (termasuk waktu menunggu) kerana saya menaiki bas? (sebab kena pusing bandar alor setar) huhu~ nampaknya tak berbaloi sangat lah kalau nak naik bas dengan lebih kerap. ye la..masa itu berharga. tapi takpe.. kita tunggu je la bila cuti panjang lagi.. then naik bas lagi skali ya?

Comments

  1. fuhh...i tak suka naik bas! Selalu naik bas mesti utk jangka masa yg sgt lama sampai sakit bontot tahap tak hengat...(kangar-ipoh / kangar-kl / kl-kuantan)...penah naik bas tak ekspress yg benti2 tu dari alor star ke kangar....kena berdiri beb sampai ke kangar galas beg laptop yg berat dgn beg jinjing yg berat....rasa nak nangessss....
    dan teringat jugak zaman naik bas ijau (ipoh-utp / utp-ipoh) tak suka!! sbb kena berebut dan tak leh tido nyenyak takut terlepas ke lumut...hahaha

    ReplyDelete
  2. haha..pengalaman hgpa dgn bas slalu tak besh ek?

    tp, bas general hijau ipoh-utp tuh agak la tak besh.. seb bek bas tuh byk membantu dlm shoping kat ipoh.. jd kami sayang gak bas general. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ada apa dengan barangan kemas?

What Your Face Reveals About Your Health

Ali, bizim hamsterimiz...