pada bulan sept lalu..

nak bercerita sket sal sedikit perubahan baru2 nie..


previously..

  1. tudung? tak pernah terfikir langsung. itu ialah masa depan yg tak tahu bila.
  2. free-hair ialah mudah. so i'd like to stay like that for as long as possible.
  3. aku nak buat ramut cantik dan pakai bunga hidup kat kepala during my wed nati. so..until aku dah kawin..takmo pakai lagi tudung. 
  4. sorg kawan yg juga lelaki berkata dia ske pompuan yg free-hair. though aku x ske sgt statement tuh..tp aku tak pakai tudung. so..layan je.

then...
  1. makcik menegur aku yg tak bertudung lepas smayang dlm satu masjid. *bengkek* (yup.. nie bkn kali pertama
  2. tetiba ske tgk org pakai tudung. mungkin sbb fesyen..mungkin sbb skang byk yg cantik2 dan pelbagai gaya.
  3. request dan terpaksa pakai dlm certain event menyebabkan rasa best pulak men lilit2 selendang tunggal aku.. - walaupon kekadang gayanya muka mcm tua je.
  4. aku y shopping dan excited terlebey time teman kakak g beli tudung. huhu.. mungkin sbb shopping & sbb tudung ialah cantik.

tp..ada rasa nak jugak lah..napa ek? dah sampai time ke?

still...aku deny kehendak tuh. degil? most probably. tp aku buat janji kat diri sendiri : akan bertudung when i have to. tak kira lah sbb apa. sebab dlm pengiraan aku, bila je aku akan terpaksa bertudung kan..heheh.. jd lamat lagi lah..

only.. tak lamat sgt pon. tetiba semua yg masuk kawad time hari malaysia kena bertudung. dah la masuk kawad terpaksa.. then yg pompuan free hair 2 org je. aku pulak, bila org soh bertudung, takan nak ckp tamau. bukan soh bukak2..tp soh cover2.jeng234

-__-""

now

kelakar. tp itu lah hakikatnya. pakai tudung 

aku ada seminggu before hari malaysia ntuk betol2 decide nak pakai terus ke x. tp..bila betol2 pikir, bila dah ada rasa nak buat menda baik...napa aku nk tangguh lg. so..aku teruskan je lah. 

  1. aku lamat g keje sejak bertudung..almost everyday for 2 weeks. walupon aku bgn awal (sket)..still sampai opis lamat. layannnnn...
  2. aku rasa susah pulak pakai-bukak-pakai time keluar jalan2. sbb nak pakai tak cekap lagi..then kena buat berkali2 pulak. adehhhhh..
  3. amik masa yg sgt lama untuk bersiap. bila nak g keje nyer..kena tgk gak stok tudung mana je match dgn baju..(siap g beli tudung sehari sebelum nk pakai baju tertentu ntuk g keje!!!) then bila keluar jejalan.. kena punggah baju apa je valid lagi dgn gaya baru nie, tudung apa pulak je yg sesuai... adeh2.. 
  4. cermin adalah sgt penting utk bersiap g mana2. 
  5. kalau dulu aku usung set getah rambut & pin rambut dlm handbag..skang nie aku kena siapkan satu set jarum peniti dan brooch utk kecemasan. hu hu hu.. 
tp skang aku rasa selesa sejak bertudung especially kat public. dulu ada masa dan tempat yg aku mcm kekok je tak pakai tudung.. walupon memula aku pakai aku rs mcm aku nie standard perempuan malaysia je pakai tudung kan..tp skang, aku pulak boleh rasa pelik je tgk gambar aku sebulan lepas dgn ramut kembang je. hu hu hu.. aku dah blend in dlm cara hidup nie.

almost sebulan. aku tak betol2 cekap lagi pakai tudung. ada masa ok..ada masa cm ada aktiviti lasak sket ke.. leh tahan gak rasa rimas n nak tercabut. but then.. this is me now. 

jd..mcm nie lah~

^_^

Comments

Popular posts from this blog

Ali, bizim hamsterimiz...

Ada apa dengan barangan kemas?

VAKSIN SETTLE!