Bermain cara budak kampung

Alhamdulillah..hari nie sejuk sket. hujan turun.

sambil berinternet, terpandang budak2 kampung mandi hujan.. hu~ cam besh je. tp pehal aku nak join. bdk2 lain suma paras pinggang aku je..tetiba sorg2 yg tua n tinggi join skali. (ececeh..tinggi la sikit..) buruk! no worries. aku sedar diri je... :p

owh..aku dulu pun ialah budak kampung seperti budak2 tuh. :-D

waktu yg paling besh dlm hidup ialah waktu lepas skolah@ cuti skolah. Geng-geng bermain ialah geng sekampung yang duduk sebelah rumah, blakang rumah, depan rumah, budak lorong satu dan budak lorong dua. kadang2 ada jugak budak2 geng kampung sebelah. ye. sapa2 pun boleh join. sbb budak2 mmg tak memilih. hahaha..

permainan:
  • Aci ligan standard
  • aci ligan naik basikal keliling kampung-ye. sambil nek basikal, matikan lawan men tolak guna kaki..ganas
  • aci menyorok - dlm jamban pon jalan (rumah kampung dulu2, jamban kan kat luar umah)!, paling tak tahan, menyorok atas pokok..sapa nak cr atas pokok???
  • main sungai - owh..ni ialah rahsia. nati kene marah!! tp sungai cetek je.
  • main longkang - hu~ cam aci ligan duduk.. tp, aku dah lupa la cara main
  • masak2 --> betul2 masak punya: menu standard: ubi kayu la. mudah didapati di atas bukit dan blakang rumah sapa2 ;p,
  • tuju kasut - guna bola tenis tuh. lepas main pakat sakit blakang
  • rounders - ala2 bola lisut. tp..kampung style.
  • galah panjang, zero point, batu selambut & jengket
  • main khemah2
  • mandi hujan- paling suka ini. siap ada cita2 untuk maintain main mandi hujan sampai bila2 (cita-cita zaman kanak2)  
  • panjat bukit (bukit nie ada satu projek perumahan tp sampai hari nie terbengkalai..)-adventure zaman budak2
  • cari sarang burung tempua, cari jarum emas blakang masjid - hahaha.. apa la yg aku pikir time tuh!!,
  • berkelah-bawa bekalan dari rumah untuk makan kat tepi2 rumah org lain.
  • kadang2 tuh bergosip pon bley je. hahaha..kecik2 bergosip. well.. isu semasa kena tahu jugak! lalalalala~
  • ++ . cam byk. tp, tak hengat la.... ini cerita belasan tahun yg lalu~
hmm.. zaman kanak2. kalu aku leh bercerita dgn jaja..mmg tak dgr cerita tp dgr gelak2 je tak abih2. hahaha.. skang nie, bila balik raya/ balik kg time weekend..kadang2 jupe la 2-3 muka yg kenal. hahaha.. malu pon ada. sbb cam ntah pa pe je zaman dulu2. skang ramai yg dah kawin, keje.. tgh stadi kat u.. n ada jugak yg nampak cm masih menten sbg budak kampung (oops).. 

owh..sudah lapar. makan luk~

Comments

Popular posts from this blog

Ada apa dengan barangan kemas?

What Your Face Reveals About Your Health

Ali, bizim hamsterimiz...