Hobonichi 2022 - I 'oll beli 3 buku! (ada jugak menyesal tp kalau guna x perlu nyesal kan?)
Aku mmg peminat buku utk tulis2 sejak berzaman dan since 2015 dah jumpa Hobonichi..mmg rasa mcm buku lain adalah kurang best utk dijadikan diary dan planner - walaupun hakikat, jarang bab planning, tp lebih kepada journaling. nak buktikan keberkesanan buku aku nie ialah bila nk tgk balik apa je appointment terdahulu atau apa2 tarikh2 penting bab skolah, ubat, travel dan lain2.. aku leh bukak balik untuk cari tarikh dan rujuk. and since i almost bring this book everywhere including nk keluar shopping pun, aku simpan byk sgt info dlm buku tu, dan bukan dalam hp. kalau dulu kat ruangan daily hanya bab harian aku dan my close circle, now aku siap guna Cousin untuk bab kerja. quite best sbb byk info aku semak balik dlm buku esp bab peruntukan yg kejap berubah sana sini esp utk 2020 dan 2021...
wao itu intro ke? mcm dah isi penting. 😂😂😂
https://www.1101.com/ |
diary/journal : rekod benda dah jadi
planner : plan benda apa nk jadi
Apa yang best pasal buku hobonichi yang boleh terjebak tu?
- Buku nie dalam almost sama. tp paper untuk semua hobonichi nie bukan paper biasa tp tomoe river paper yang boleh guna untuk water colour, magic pen/ink.. kalau guna pen mcm fountain pen tu mmg kdg2 boleh smudge sikit sbb kertas jenis licin sikit. tp kertas nie dikatakan boleh guna untuk pelbagai jenis media sbb x bleed. bleed tu maksud tulis depan nampak kat blakang. this one, mmg walaupun nipis, x de bleed. hebat kan? time 2016 tu mmg gila belajar brush pen. so godek2 internet bagai x ada hari esok lalu terjebak. (p/s buat pen testing page sebelum guna if sgt particular pasal buku nie smudge ke apa. utk aku..asal boleh je..hahah. tp x mo bleed sbb ganggu utk esok punya page!)
- layout simple tp boleh adapt utk pelbagai kegunaan. sejak blajar kt u, aku x ske guna kertas yg ada line. rasa mcm ada limitation kat situ. aku prefer a4 kosong. tp kadang2 bila x ada guide terbabas jugak. hahah.. hobonichi nie kertas dia kotak2= graph paper. so, nk lukis pun ada guide, nk tulis pun ada guide. tp garisan kotak2 tu samar2 je. jadi kalau feeling memberontak nk tulis luar kotak pun x nampak semak.jangan tatau, peminat buku,.minor detailed mcm nie pun ialah sesuatu yg penting. nak tulis horizontal pun boleh. x rasa mcm melawan arus. :) kdg2 boleh lukis mcm measurement tingkap, floor plan, bila g kedai nak beli cat ke curtain..mmg senang ada measurement boleh follow. nak lukis pun dah berkotak2..so mmg cun la!
- Saiz. aku dah try byk planner dan utk nk carry buku yg gabak lagi berat merata2 mmg perlukan tenaga yg banyak. hahaha.. dulu aku ske sbb saiz A6. mmg comel tp praktikal. tp memandangkan kerja WFH nie kejap opis kejap rumah.. aku perlu buku nota yg as simple as a6 hobo tp cun dan x berat mcm diary govt staff yg stiff tu. so aku adapt guna cousin. even yg size a5 nie berat dia x mcm planner biasa sbb kertas tomoe tu ringan dan nipis. dan buku nie x nampak skema. ha..bab nie next point.
Hobonichi tanpa kaver gonjeng je. hahaha.. |
- apa yang penting utk pompuan? cantik! buku nie cover asal dia simple je. tp, apa yg best ialah kita leh pilih range cover utk kita pakai dgn buku Hobo yg basic tu. mmg mcm2 range dan harga ada yg sgt2 mahal. sbb leather betul..ada yg fabric mahal.. so kena pilih ikut modal la. yg paling murah slalunya yg simple mcm plain colour. tp combo kaler kulit depan dan dalam lain2 pun rasa mcm gerammmm nk jugak pun ada. hahaha.. ada jugak yg bukan real hobo cover (as in bukan company nie ) tp compatible sbb mmg direka untuk kegunaan hobonichi. nie boleh cari kat etsy atau skang shoppee puin ada jugak. aku awal2 dulu beli kaver biasa je..then rasa mcm nk try yg hobo. honestly..kaver biasa pun kalau pandai pilih, as good as kaver hobo. letak je cover on cover (plastik) utk jaga cover tu. aku pun, bkn tiap tahun beli cover. ada 2-3 tahun tu repeat je pakai kaver yang sama. no hal. setahun nk tukar kaver berkali2 pun no hal juga!
ada harga boleh milik ada harga mampu tgk! dah la convert yen ke myr kan.shipping je dah rm100+. tp leh beli kat https://www.stickerrificstore.com/collections/hobonichi. nie dari malaysia. harga murah kalau include shipping dr jepun. tp x dpt la free shop exclusive. dan kdg2 cepat sgt habis. |
- harga hobonichi nie agak mahal. kenapa mahal? currency tu satu hal la.. sbb buku nie dari jepun. berbanding RM kan. lain2 sbb teknologi kertas yg digunakan, pastu buku tebal nie stitching bukan stapler atau ring.. so nk tulis tu lebih selesa dan best sbb laying flat dan takde obstruction kat tgh2 buku tu. buku walaupun tebal, tp sebabkan paper tu nipis..so mmg lebih ringan.lagipun, every benda dlm buku nie mmg user oriented..punya gigih derang kaji walaupun saiz kotak kertas graph tu. so benda2 nie yg mmg jadikan dia mahal dari yg lain. bab kaver tu lain la pulak kan..material, ketelitian dan quality. tp alah membeli menang kalau pakai. sbb bagi org, buku kosong je apedehal. well.. ade hal sebenarnya. utk org yang guna betul2 mmg akan sangat suka. so, kalau nk beli benda mahal..kena la simpan dedicated utk dia every year. tu yg aku buat. dan lagi satu, khas tahun nie, minta hasben belikan je sempena birthday. hahaha..so, kos mahal tu kurang terasa!!!
flat-lay mcm nie.. sgt kemas dan mmg lain feel tu.. |
- Tahun nie aku beli 3 jenis buku hobo - x beli weekly je. nie summary jenis2 buku kot2 teringin kan.. :
- Yang Ori ialah saiz A4- ada monthly dan daily layout. mmg aku ske size nie. elok utk planner, tp aku prefer as journal/diary. ramai guna tempek mcm2 dlm tu..resit, tiket wayang. sampai hujung tahun, gemuk betul hobo dia. aku dulu ske tampal gambar. tp skang x beli pun kad print gambar sbb rasa mcm mahal. hahah..so tulis tajuk guna brush pen, then tampal sticker dan washi tape je kalau nk cantik. kalau x, anggap je dah cantik je tulisan sendiri!
- 2nd ialah cousin, size A5. nie tahun nie baru start guna sbb WFH. bab keje tulis dlm nie, dan caca merba. size best utk nota, tp besar sikit utk carry around. still aku carry merata2 sbb byk sgt info mcm appointment, password, dan basic2 info la. so bila nk, x payah nk tergagau. nie pun aku amik gak utk tahun depan. dalam dia ada monthly, weekly dan daily layout. sesuai utk plan kerja dan deadline dan to-dos.
- 3rd ialah weekly. yg nie kurus dan x tebal sgt sbb mmg layoutnya ada weekly je. dan ada banyak kertas kosong kat belakang sbg nota. yg nie aku x beli dan x pernah beli lagi. kalau dah ada cousin, bajet angkut je yg tu ke mana2. x larat nk tulis dan tulis semua berkali2..
- 5-year hobo. yg nie aku baru berkenalan dgn lebih mendalam tahun nie terus g beli. apa yg best? satu page ada 1 tarikh, tp utk 5 tahun. so, kita tulis benda best tahun nie, tahun depan pada tarikh yg sama kita tulis benda lain pulak sampai 5 tahun. kita boleh tgk how we grow dan if plan kita tercapai. memula mmg malas je. tp ada skali aku tulis benda yg jadi last year dlm this year's hobo which is dah terlupa. then bila sampai tarikh tu...mmg rasa mengimbau sgt. so..itulah yg jadikan nk try 5-yr hobo tu. saiz a6 so tulis sikit2 je habuan mengingatkan.
So.. next year harapan nya gigih la guna kesemua buku dan takde la pandemic yg cuti panjang / WFH menyebabkan buku a6 aku tahun nie dh jadi nota bahasa turki! hahaha..
..tapikan aku nk try onlinekan everything. nie nnt aku cerita. sbb skang nie semua org bajet semua boleh buat kerja dgn pantas...tp aku nie sokmo dah tak reti nk cari file2 terdahulu..nk compile info2 bila org minta. sbb kdg32 ubah nie sikit itu sikit dah tatau mana latest. so utk hal nie next time kita story. if katala kita dah going online..maybe buku akan guna less. sbb ye lah. buku nie bila dh guna, nk simpan pun perlu space. dan skang nie pulak.. kadang2 nk menulis tu terasa tangan kejung sangat. kalau typing mmg laju esp bab2 blogging ke WA kan. hehhee..
later we go into that ok.
Görüşürüz!
Comments
Post a Comment